Selasa, 19 Mei 2009

Harga Diskaun Utk Ahli HPA di Hotel De Palma

Hasil usahasama antara HPA dan rangkaian Hotel De Palma, kini pihak hotel telah menawarkan beberapa insentif khas kepada ahli-ahli HPA dengan potongan antara 25 - 50% daripada harga asal. Hotel-hotel De Palma adalah seperti berikut:

1. Hotel De Palma Ampang
2. Hotel De Palma Shah Alam
3. Hotel De Palma Sepang
4. Hotel De Palma Kuala Selangor.

Insentif kedua pula untuk pakej-pakej kursus seperti PIC, KPJ dan PBC juga akan mendapat potongan harga yang sangat menarik. Pihak pengurusan HPA menyifatkan usahasama ini sebagai satu lagi kejayaan HPA dalam melebarkan jaringan peniagaannya dengan pelbagai pihak untuk kemudahan ahli.

Contoh insentif yang diberikan di Hotel De Palma Ampang kepada ahli HPA ialah seperti berikut:

1. Bilik Superior harga asal RM320.00 harga ahli HPA RM145.00
2. Business harga asal RM365.00 harga ahli HPA RM170.00
3. Junior Suite harga asal RM465.00 harga ahli HPA RM260.00
4. Executive Suite harga asal RM650.00 harga ahli HPA RM350.00
5. De Palma Suite Harga asal RM800.00 harga ahli HPA RM400.00

Kadar harga ini berbeza mengikut lokasi hotel-hotel tersebut. Sila dapatkan pamplet khas dari cawangan yang berhampiran sedikit masa lagi. Jangan lupa menunjukan kad ahli apabila menginap di hotel-hotel tersebut.

InsyaAllah ke “Arah Menguasai Pasaran Global.”

Cawangan HPA Di Hotel De Palma Ampang

Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia. Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel - hotel yang lain. Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita. Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakkan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.

InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma. Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel. Sama misi dengan hotel de palma, kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari. Usaha untuk menyampaikan produk halal ke tangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang. Amin.

Sumber: Blog Pengarah Urusan HPA

Ulasan Rakan Niaga Team HPA SmartBiz Network:

HPA bukan syarikat MLM biasa. HPA adalah syarikat MLM 100% muslim bumiputra yang luar biasa. Ada panel syariah yang mengawasi plan pemasarannya supaya menepati kehendak syarak. HPA lebih daripada sekadar MLM, seolah-olah menyertai sebuah kelab. Pelbagai kelebihan untuk ahli. Makan di RFC, ROR, RCH, ROC juga dapat kumpul nilaimata.

Terbaru seperti berita di atas. Menginap di De Palma juga dapat diskaun yang begitu tinggi! Selain itu menginap di rangkaian hotel HPA juga dapat nilaimata.

Selasa, 12 Mei 2009


























Keluaran HPA yg menjadi kemestian kami sekeluarga tiap2 bulan.

Insya Allah akan datang kami akan cuba ayam organik pula.

Bersama membantu perniagaan bumiputra muslim.