Rabu, 15 Juli 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke 52

MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang bermula esok hingga 18 Julai adalah acara dinantikan mereka yang mengikuti perkembangan qari dan qariah serta ternanti-nantikan kemunculan mereka memperdengarkan bacaan merdu ayat al-Quran.

Bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, seramai 29 peserta mewakili 14 negeri bakal memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu.

Malah, johan menunggu iaitu qari dan qariah yang kedua-duanya mewakili Perak turut mengambil bahagian kali ini. Mereka ialah johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-51, Shamsul Ariffin Saban @ Supian dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata majlis yang diadakan setiap tahun itu berjaya mencapai hasrat meningkatkan ilmu pembacaan al-Quran dengan tajwid dan secara berlagu.

Katanya, penerbitan program menjurus secara khusus kepada ilmu pembacaan al-Quran juga membantu usaha meningkatkan minat serta kesedaran pentingnya ilmu qiraat diserapkan pada semua peringkat umur.

“Jakim sendiri melalui Darul Quran Jakim menawarkan Kursus Sijil Tinggi Taranum al-Quran sejak tiga tahu lalu. Kursus tiga bulan itu mendapat sambutan baik masyarakat termasuk qari dan qariah yang terbabit dalam majlis tilawah al-Quran,” katanya.

Beliau berkata, usaha berterusan dilakukan pihak Jakim berjaya mengubah persepsi penghafaz al-Quran yang sebelum ini agak malu untuk menyertai majlis tilawah apabila ramai penghafaz al-Quran mula menunjukkan minat.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang berlangsung lima hari di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sementara majlis penutup disempurnakan Sultan Perak.

Tilawah kali ini bertemakan ‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ mengajak umat Islam memahami bahawa penyatuan adalah agenda penting dalam hidup demi kelangsungan serta membina kekuatan Islam sejagat.

Seramai 12 hakim akan menyemak bacaan qari dan qariah. Mereka ialah Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, Tan Sri Hassan Azhari, Datuk Sheikh Sallehuddin Omar, Datuk Muhammad Hasri, Datuk Sha’ri Abdullah, Ahmad Termizi Mohamad, Nik Jaafar Nik Ismail, Ku Abdullah Ku Jusoh, Ismawi Duet, Syeikh Roslan Abdul Halim, Abdul Rahim Ahmad dan Mohd Farid Ravi Abdullah.

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil. Naib johan menerima wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil.

Tempat ketiga menerima wang tunai RM5,000, cenderamata dan sijil sementara penerima hadiah sagu hati membawa pulang wang tunai RM2,000, cenderamata dan sijil.

Sempena berlangsungnya Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52, pelbagai program dirancang antaranya pameran oleh agensi kerajaan dan swasta yang akan mempromosikan produk barangan Islam serta perkhidmatan disediakan mereka.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 turut menampilkan kelainan dengan persembahan bacaan al-Quran secara berkumpulan orang cacat penglihatan menggunakan al-Quran tulisan braille.

Jumat, 10 Juli 2009


Yuseri b. Yusof
Dari Kedah

Ahli ke lima kita yg juga mendaftar dgn kita.

Yakinlah dgn produk HPA
Bertambah berkat InsyaAllah


http://www.duniaherba.net/yuseri

Selamat Datang ahli baru kita

Syamsudin b. Kamis @ Ismail
Dari Pahang

Semoga perjuangan berterusan

ini link utk ahli yg belum mendaftar utk mendaftar under syamsudin

http://www.duniaherba.net/sudin74
Selamat Datang ahli baru kita dalam Puncak Group.

Ahmad Zaki b. Zubit
Dari Penang

Kepada rakan2 yang ingin menjadi ahli HPA boleh mendaftar bawah en zaki
klik pada url ini;

http://www.DuniaHerba.net/zakizubit68


Rabu, 08 Juli 2009

Empayar Nestle

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia.

Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan : InMinds >> Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut. Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!
Posted by Ummu Fatimah
Sources : http://ummu-fatimah.blogspot.com/