Sabtu, 27 Februari 2010




Cukup mudah org kita ditipu.
Lihatlah siapa sebenarnya tokey Master Radix yg sebenarnya.

1- Tokey master Radix kena cekup.
2- Jenama Radix yg disalah gunakan.
3- Ni yg nak marah ni. Sijil Halal pun palsu. aduh!!.

Jumat, 26 Februari 2010




HARIAN METRO: RFC DIBUKA DI INDONESIA


Oleh Zainuddin Zain (hmetro.com.my)
HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.

Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.
Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

Sabtu, 20 Februari 2010

Kilang Botol HPA



Kilang Botol HPA telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 4 Februari 2010 yang lalu. Kilang ini terletak bersebelahan Kilang Cola Radix HPA. Dengan adanya kilang botol sendiri, banyak kos dapat dijimatkan dan ia akan membantu mengurangkan harga produk HPA yang berbentuk botol.


Selasa, 09 Februari 2010




Rangkaian Restoran Keluaran HPA