Selasa, 22 Maret 2011

Jus Roselle Homemade





Hari ni kita minum jus roselle.Tanam sendiri dan buat sendiri jus rosell tau bukan beli kat kedai, suci lagi bersih.

Bahan-bahan nak buat jus buah rosell

200gm Buah rosell

Air 600ml

Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)


Cara-caranya

  1. Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
  2. Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
  3. Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
  4. Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
  5. Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.


Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Pencegah kanser

4. Demam panas/selesema

5. Resdung (alahan) dan Asma

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan

Rabu, 09 Maret 2011

25 Sebab Kenapa Anda patut Pilih HPA

  1. Diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Tuan Haji Ahmad pada
    tahun 1987, pada ketika itu, dikenali sebagai Perubatan
    Tradisional Al-Wahida (PTA).
  2. Latar belakang Tuan Haji Ismail Tuan Haji Ahmad Lulusan
    Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia.
  3. Pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan
    Peladang.
  4. Mewarisi kepakaran ilmu herba daripada keluarga.
  5. Datuk beliau adalah salah seorang pakar herba terkenal
    di Perlis.
  6. 15 Julai 1995 (1 Ramadhan) – HPA Industries Sdn Bhd
    ditubuhkan. Dimiliki oleh 100% bumiputera Muslim.
  7. 1997 – Al-Wahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan, merupakan
    anak syarikat yang mengendalikan pemasaran produk HPA
    secara MLM.
  8. Dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai
    bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan,
    sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain.
  9. Hampir 2000 pekerja yang kesemuanya beragama Islam.
  10. Satu-satunya syarikat MLM milik umat Islam yang telah
    bertahan melebihi 10 tahun.
  11. HPA memiliki kilangnya sendiri di Perlis, Kedah, Perak, Sabah dan Indonesia.
  12. Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro
    Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian
    Kesihatan Malaysia.
  13. Kilang HPA mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice)
    atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro
    Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  14. Pembinaan kilang tidak terlibat dengan riba’. HPA tidak
    meminjam wang dari mana-mana institusi kewangan.
  15. Kawalan mutu dan kebersihan yang ketat serta kualiti dan
    kebersihan produk dijamin
  16. Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang
    Islam.
  17. Produk herba HPA tidak meninggalkan kesan sampingan malah
    boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas.
  18. Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang
    untuk memulakan kerja. Setiap pagi (pukul 10.00 pagi),
    pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti
    tazkirah ringkas, mengamalkan zikir mathurat serta
    bertadarus Al Quran dan solat berjemaah.
  19. Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak
    (telah disemak oleh panel syariah) – adil, tiada keraguan
    dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM
    Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia.
  20. Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%
    dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd.
  21. Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.
  22. Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan
    syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah
    anak yatim.
  23. Pendekatan yang digunakan bersumberkan sumber Ilahiyah dan
    Alamiah (herba).
  24. HPA memiliki sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan
    yang dikenali sebagai ‘Pusat Penyelidikan Perubatan JAWI’
    dalam mengeluarkan perawat terlatih.
  25. HPA bukan sahaja hanya mengeluarkan produk herba, tetapi
    turut menyediakan kursus-kursus perawatan seperti bekam
    al-hijamah, akupunktur, urut reflekslogi, kiropraktik dan
    urutan limfatik.


>>>>>