Selasa, 07 Desember 2010

Masalah gejala sosial yg semakin pening.

Salam Maal Hijrah 1432H


Kepada Semua rakan2 dan ahli Puncakgroup HPA saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432.

Bersama utk membangunkan diri dan berubah menjadi lebih baik dan cemerlang ditahun ini. InsyaAllah.

Minggu, 21 November 2010

HPA mahu buka pasaraya besar

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.
Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.
Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.
“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.
“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.
Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.
“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.
Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.


Petikan dari Harian Metro

Selasa, 09 November 2010

Pelancaran Majalah IKON HPA




PROGRAM TUMPUAN: Pelancaran Majalah IKON HPA dan Minyak Wangi Akhil Hayy

IKON – Majalah keluaran khas HPA akan dilancarkan oleh Tuan Haji Ismail pada hari Sabtu 6 NOV 2010, Jam 8.30 Malam di Menara HPAic, Seksyen 13 Shah Alam. Majalah ini akan disertakan dengan Nilai Mata. Selebriti terkenal, Ustaz Akhil Hayy juga akan hadir pada malam itu untuk memperkenalkan perfume keluarannya untuk dipasarkan oleh HPA. Jemput hadir beramai-ramai. Masuk PERCUMA.

Senin, 01 November 2010

Kalau Berpacaran



Tajuk lagu: Kalau Berpacaran
Nyanyian: Sohaimi Meor Hassan, Anna Raffali dan Altimet
Lagi ni walaupun hiburan tapi ada mesej tersendiri.
syabas buat pencipta lirik lagu ni.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Radix Isotonic


Kini sudah berada dipasaran. Cepat dapatkannya di Stokis terdekat.

Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terbaru yang dikenali sebagaiRadix Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta ujian pemeriksaan makmal:

Radix Cola Sdn Bhd juga telah menjalankan ujian dan pemeriksaan makmal (lab test) sebanyak 5 kali sebelum mendapat keputusan untuk menghasilkan produk terbaru ini. Ianya merangkumi ujian dan pemeriksaan daripada segi:

Bahan mentah yang digunakan, grape fruit yang bersesuaian dan kepastian halal & toyyib (baik). Di antara bahan-bahan mentah yang lain yang digunakan ialah:

Gula, Dextrose Anhydrous, Citric Acid Crystalline, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Vitamin C, Potassium Phosphate, Tricalcium Phosphate, Cloudy Agent, Grape Fruity Flavour Dan Sodium Benzoate.

Kandungan gula dalam bancuhan (10.5 brix).
Sukatan setiap bahan mentah yang digunakan perantaraan lab test tahap kepekatan, kemanisan dan tekanan gas CO2 adalah minimum.

Nutirisi dalam minuman ini untuk 100 ml:

Lemak 0%
Protein 0.4 gram
Karbohidrat 7.1 gram
Tenaga 31 kcal/ml
Jumlah Gula 5.4 gram

Dikeluarkan dalam 2 variasi iaitu 500ml dan 1.5 liter.

Radix Isotonik Plus 1500ml:

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 2.90
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 1

Radix Isotonik Plus 500ml:

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 0.3

Jumat, 15 Oktober 2010