Kamis, 29 Oktober 2009

Sardin HPA


Pasaran Sardin Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya. http://puncakgroup.blogspot.com Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.


Minggu, 25 Oktober 2009

Minyak But-But


Testimoni Minyak But-But


md. ali b. osman



assalamualaikum. saya telah memperkenalkan pada seorang teman minyak but-but untuk anaknya yang mengalami semput dan selalu batuk pada waktu malam ketika tidur. Setelah beberapa hari saya bertanya semula keberkesanannya tapi jawapannya sama sahaja. Oleh itu saya telah menyuruhnya memberi anaknya minum sesudu kecil minyak but-but dan sapu di dada. Alhamdulillah dengan hanya dua kali minum minyak but-but kini hampir sebulan lebih anaknya tidak lagi mengalami semput dan batuk-batuk lagi di malam hari.

Ahli Baru Bulan Oktober

Ahli Baru Kami

En. Mohd Rizan (Sg.Petani, Kedah)

http://www.duniaherba.net/jozan

Selamat Berjuang Buat Semua Rakan.

Jumat, 23 Oktober 2009

Pizza Radix House Kini Dibuka

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran sebenar restoran ini.


Sabtu, 17 Oktober 2009

Minyak But-But

Testimoni

Testimoni ni saya ambil dari rakan sekerja saya.

Nama rahsia.
Saya mengalami masalah rekahan pada tapak kaki saya.
Saya menggunakan minyak but-but ni utk kegunaan pd kaki saya yg merekah. alhamdulillah setelah beberapa kali digunakan kaki saya menjadi lembut dan rekahan dikaki nampak kurang.

http://puncakgroup.blogspot.com

Selasa, 13 Oktober 2009

Semak Bonus HPA secara Online

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh melihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai sekarang. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing. Bonus bulan Ogos 2009 telah dimasukkan.

Ahli HPA boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:

http://hpa.com.my/bonus/

Sistem ini hanya memaparkan jumlah bonus sahaja. Tiada penyata. Pendaftaran dibuka sekarang!

Dapatkan Penyata Bonus Bulanan HPA Melalui Emel

Semua ahli HPA boleh memohon mendapatkan penyata bonus bulanan melalui emel. Ia akan dihantar dalam bentuk softcopy format MS Excel. Untuk urusan ini, sila emel ke:

awm.mis [at] gmail.com

*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel

Untuk mendapatkan susunan hirarki downline melalui emel, alamat emel untuk dihubungi ialah:

yuslina_y [at] yahoo.com

*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel

Jumat, 09 Oktober 2009

Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk
Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk. Berikut adalah harga bagi setiap produk.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9

Nilai Mata (NM): 2

Jumat, 02 Oktober 2009

RFC cawangan kluang akan dibuka
















Syukur Alhamdulillah, Restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC) Kluang kini sedang didalam proses terakhir sebelum diibuka kepada umum yang dijangka pada 24 Oktober ,InsyaAllah

MLM is Management, Leadership & Multiply

MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum. MLM merujuk kepada – M (MANAGEMENT), L (LEADERSHIP), M (MULTIPLY). MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah proses menggerakkan produk secara bersama daripada syarikat kepada pengguna melalui pembelian dan penjualan produk.

KONSEP 5+1 M

1. MENGAMALKAN PRODUK HPA
Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu “Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”. Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut. Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI (contoh)

Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.

2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA
Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE
Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:

-Perlu ada sasaran jualan
-Perlu belajar teknik penjualan berkesan
-Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan
-Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk

4. MEMBINA RANGKAIAN
Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.

5. MEMBIMBING RANGKAIAN
Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!

6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT
HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi