Minggu, 22 Februari 2009

Berita RFC Dalam Harian Metro, 14 Februari 2009 Buka 20 cawangan setahun

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.

“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.

Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.

Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.

“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.

Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.

“Warna tidak menjadi masalah kerana kita yakin dengan slogan ‘segar, organik dan halal’ restoran kami akan mendapat sambutan tanpa mengira bangsa dan agama serta sama ada mereka ahli MLM HPA atau tidak.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi segera berherba paling laris di negara ini.

Selain MLM dan RFC, HPA juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri, HPA Ilham Holidays selain rangkaian homestay manakala hotel pertama syarikat itu, El-Zahraa Inn akan dibuka dalam tempoh terdekat.


Daftar Ahli HPA Under Group Kami

http://www.duniaherba.net/maiHPA

http://www.duniaherba.net/sudin74

Rabu, 11 Februari 2009

Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini.

http://www.duniaherba.net/sudin74

http://www.duniaherba.net/maiHPA

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Berikut ialah beberapa gambar suasana sekitar perasmian RFC kedua ini.

TAHUN 2009 RFC AKAN BUKA CAWANGAN BARU

TAHUN 2009 RFC AKAN BUKA CAWANGAN BARU

Ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di lokasi baru selain yang sedia ada sekarang ini di Sungai Petani, Kedah. Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. RFC kedua akan dilancarkan dengan rasminya di Alor Setar pada 7 Februari 2009. YAB Menteri Besar Kedah dijangka akan merasmikan pembukaannya nanti.

Pasti kebanyakan ahli HPA di utara tanah air sudah merasai kelazatan ayam goreng RFC dan juga menu-menu yang lain. Tak terkecuali juga ahli-ahli HPA di seluruh Malaysia yang turut turun ke Sungai Petani semata-mata untuk merasai sendiri menu RFC ini. Rata-rata mereka memuji kesedapan hidangan RFC dan masing-masing juga kagum dengan kemampuan HPA membina perniagaan restoran yang cukup hebat dan gah malah mampu bersaing dengan pesaing sedia ada.

Namun begitu, ada juga yang memberikan komen membina dan kritikan mengenai layanan/servis di RFC. Terima kasih diucapkan. InsyaAllah pihak RFC akan cuba memperbaikinya di masa hadapan.

Tahun ini bukan 1, bukan 2 RFC yang akan dibuka tapi lebih 10 buah restoran lagi akan dilancarkan. Berikut adalah senarai lokasi RFC baru:

1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)

http://www.duniaherba.net/maiHPA
http://www.duniaherba.net/sudin74

Anda tentunya teruja dengan berita ini. Kita ikuti ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan pembukaan RFC baru di Alor Setar:

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7 Feb 2009
Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2. Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia. Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan. Rasakanlah “hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah” kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.

Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir. Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan. HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan “Pasar Ansor” untuk umat ini.

Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Shahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA. Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut. Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD . InsyaAllah , saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.

Penjualan HPA meningkat Mendadak

Bulan ini penjualan meningkat dengan bagitu drastik menjadikan jualan kemungkinan besar melebihi RM11 juta. Hampir semua cawangan-cawangan HPA merekodkan peningkatan jualan tertinggi bulan ini berbanding pada bulan-bulan yang lepas. Kopi Radix, Teh Manjakani dan Radix Koko nampaknya benar-benar menjadi penyumbang terbesar peningkatan ini.

Namun bagitu penjualan herba juga masih 50% daripada jumlah penjualan keseluruhan nya menandakan ilmu perubatan Jawi masih ada penerusnya walaupun lebih ramai yang mengambil jalan mudah menjual sesuatu yang mudah diterima umum.Gabungan daripada dua kekuatan inilah HPA dijangkan akan berjaya mencapai jualan RM20 juta dimasa hadapan.Kit niaga yang tiba-tiba habis dipasaran kini disiapkan dalam kuantiti yang banyak dari kebiasaan dan InsyaAllah tidak akan berlaku kekuarang lagi.Produk-produk ditingkatkan selari dengan tambahan 50 buah cawangan baru menggenapkan 150 buah cawangan seluruh Malaysia.

sertai HPA bersama group kami secara online

http://www.duniaherba.net/maiHPA
http://www.duniaherba.net/sudin74