Contoh: Matlamat kewangan Johan
Menyimpan duit dalam masa 4 bulan untuk pergi bercuti di Pulau Redang yang menelan belanja sebanyak RM1,000. Oleh itu, Johan perlu meyimpan RM250 sebulan.
Adakah matlamat kewangan Johan S.M.A.R.T?
Specific (Khusus) | Matlamat perlu khusus iaitu “untuk bercuti di Pulau Redang” – BUKAN sekadar ingin pergi bercuti, tetapi tidak khusus dimana tempatnya. | Measurable (Boleh diukur) | Matlamat perlulah boleh diukur iaitu dia memerlukan RM1,000 – BUKAN sekadar “perlukan duit”, tetapi tidak tahu jumlahnya. | Attainable (Boleh dicapai) | Matlamat mestilah boleh dicapai iaitu “mesti menyimpan RM250 sebulan” – BUKAN pula menunggu seseorang menghadiahkan anda hadiah percutian secara percuma. | Realistic (Realistik & relevan) | Matlamat hendaklah realistik iaitu “hendak pergi ke Pulau redang dalam masa 4 bulan” – BUKAN hendak pergi ke London dalam masa sebulan tetapi cuma ada simpanan RM250 sebulan. | Time-bound (Mempunyai tempoh masa tertentu) | Matlamat perlulah mempunyai tempoh masa, contohnya “hendak pergi bercuti dalam masa 4 bulan” – BUKAN ketika anda ada duit tetapi tidak meletakkan sasaran masa yang jelas. |
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar