Selasa, 31 Maret 2009

Perkembangan semasa HPA

----------------
Sardin dan ayam
----------------

Kita melangkah setapak lagi kehadapan bila berjaya keluarkan produk dalam tin dari ikan sardin dan ayam organik.Belum ada lagi ayam organik di tin kan.Inilah kejayaan kita bersama dimana kesungguhan ahli-ahli mengangkat HPA untuk mencapai impian .Namun bagitu kita perlu masa untuk bersabar bagi HPA menyiapkan semua stok produk yang dikeluarkan.

Sebenarnya HPA juga menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber dari pembekal seperti kismis,mangga,madu dan lain-lain lagi kerana ia terkait dengan stok semasa.Kadangkala sesuatu produk yang sampai dari negara luar juga tidak mengikut standard seperti yang dikehendaki.Kordial mangga Perlis misalnya pada tahun ini buah tidak menjadi dan stok amat sedikit menyebabkan pengeluaran juga terhenti.

Inilah sedikit jawapan bagi ahli-ahli yang sering bertanya tentang stok produk-produk tertentu kenapa sampai habis.Saya rasa hal ini akan dapat kita atasi apabila jumlah stok yang ada ditingkatkan dan ahli-ahli membuat pilihan dengan produk lain yang sedia ada.

-----------------------
Harga Ayam di turunkan.
-----------------------

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan.Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi.Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan.Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah,tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia.Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli rm 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata.Skim ini berkuatkuasa sertamerta sehingga masa tertentu.Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.InsyaAllah.

-------------------------
Makanan Bayi "Radix Baby"
-------------------------

Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.

Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

-----------
Sate Radix
-----------

Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.

Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

-------------------
koleksi pakaian HPA
-------------------

HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.

Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan. HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.



Dipetik dari Blog Tn Haji Ismail

Tidak ada komentar: