Sabtu, 21 November 2009

PERASMIAN RADIX CHICKEN HOUSE DI KLUANG 21 NOV INI


Bertuah sungguh orang di Kluang. Sebaik sahaja RFC di sana dibuka, satu lagi restoran baru Radix Chicken House (RCH) akan turut bersama-sama beroperasi. Ia bertempat di Kluang Business Centre di belakang CIMB Kluang.
Majlis Pelancaran Radix Chicken House (RCH) akan diadakan pada 21 November 2009 bertempat di perkarangan
restoran Radix Chicken House (RCH). Perasmian ini akan dilakukan oleh PU , Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.
Semua ahli HPA dan cawangan-cawangan Al-Wahida Marketing di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.



Tidak ada komentar: