Selasa, 31 Maret 2009

Perkembangan semasa HPA

----------------
Sardin dan ayam
----------------

Kita melangkah setapak lagi kehadapan bila berjaya keluarkan produk dalam tin dari ikan sardin dan ayam organik.Belum ada lagi ayam organik di tin kan.Inilah kejayaan kita bersama dimana kesungguhan ahli-ahli mengangkat HPA untuk mencapai impian .Namun bagitu kita perlu masa untuk bersabar bagi HPA menyiapkan semua stok produk yang dikeluarkan.

Sebenarnya HPA juga menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber dari pembekal seperti kismis,mangga,madu dan lain-lain lagi kerana ia terkait dengan stok semasa.Kadangkala sesuatu produk yang sampai dari negara luar juga tidak mengikut standard seperti yang dikehendaki.Kordial mangga Perlis misalnya pada tahun ini buah tidak menjadi dan stok amat sedikit menyebabkan pengeluaran juga terhenti.

Inilah sedikit jawapan bagi ahli-ahli yang sering bertanya tentang stok produk-produk tertentu kenapa sampai habis.Saya rasa hal ini akan dapat kita atasi apabila jumlah stok yang ada ditingkatkan dan ahli-ahli membuat pilihan dengan produk lain yang sedia ada.

-----------------------
Harga Ayam di turunkan.
-----------------------

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan.Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi.Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan.Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah,tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia.Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli rm 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata.Skim ini berkuatkuasa sertamerta sehingga masa tertentu.Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.InsyaAllah.

-------------------------
Makanan Bayi "Radix Baby"
-------------------------

Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.

Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

-----------
Sate Radix
-----------

Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.

Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

-------------------
koleksi pakaian HPA
-------------------

HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.

Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan. HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.



Dipetik dari Blog Tn Haji Ismail

Kamis, 19 Maret 2009

Selamat Datang Rakan kita dari kedah.

http://www.duniaherba.net/yuseri

Untuk rakan2 yg di kedah boleh mendaftar dgn rakan kita ni.


" Bersama Produk Muslim, Yg Diyakini"

Restoran Radix Organic Recepies (ROR)




Restoran Radix Organic Recepies (ROR) telah pun memulakan operasinya bersebelahan Hotel El-Zahraa Inn Sungai Petani. Menu utama yang dihidangkan ‘Radix Chicken Rice’ atau nasi ayam Radix telah banyak mendapat pujian pelanggan-pelanggan yang hadir. Para pelanggan juga boleh mencuba minuman-minuman HPA yang di ‘ice-blended’kan seperti Radix ice-blended, Koko ice-blended dan lain-lain lagi.

Selepas RFC, dijangka ROR akan diperkenalkan keseluruh negara dengan kos yang tidak terlalu tinggi seperti RFC. Walau apapun datang dulu menikmati hidangan di restoran kita bersama sebelum bercadang atau mencadangkan agar ia dibuka ditempat tempat yang lain. HPA juga sentiasa tidak melupakan para pengedar dengan nilai mata (NM) yang tetap disediakan sama seperti RFC. InsyaAllah.

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Mengenai ROC:

Terima Kasih kepada pengunjung ROR

Kemunculan RFC telah jenuh diperkatakan orang apatah lagi warga HPA yang melihat peniagaan ini sebagai pentas perjuangan mereka.Mereka bangga dengan pencapaian ini. Walaupun bagi ahli yang jauh seperti di Sabah dan Sarawak , mereka turut mengirim sms tidak henti-henti mengucapkan tahniah pada HPA.

Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan “Nasi Ayam Organik” yang sangat lazat rasanya. Disebalik kelazatan dan organik sebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA. Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal. Kebanyakan nasi ayam yang dijual dipasaran menggunakan MSG dan chicken stok (kiub pati ayam). Kiub pati ayam yang digunakan dalam sup belum ada yang halal oleh sebab itulah kewajipan kepada kita mewujudkan pilihan halal dipasaran.

Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih. Ini berbeza dengan sup ayam asli dimana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!

ROR terletak sebelah Hotel El zahraa sebaris dengan RFC . Terima Kasih pada semua PJS yang telah membantu mengiklankan ROR terutama cikgu Ismail Osman yang menjadi pelanggan setia .Amin.

Selasa, 03 Maret 2009

Pilih Kawasan Team HPA kami

Mendaftar HPA dgn Team Puncak Group, kami memiliki 3 cawangan buat masa sekarang. Jadilah sebahagian dari rakan2 kami ini.

Penang --> http://www.duniaherba.net/zubir5350

Pahang --> http://www.duniaherba.net/sudin74

Selangor --> http://www.duniaherba.net/maiHPA

Anda boleh pilih 3 rakan HPA kami yg berhampiran dgn tempat anda atau anda boleh jadi wakil kami bg setiap negeri.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Senin, 02 Maret 2009

Dapatkan Sinergi HPA melalui SMS

Alhamdulillah mulai sekarang orang ramai khususnya pengedar HPA boleh mendapatkan sinergi produk herba HPA untuk penyakit seseorang hanya dengan pertanyaan melalui SMS sahaja. Projek ini merupakan projek sampingan pelajar tajaan HPA di Guangzhou yang diketuai oleh Mohd Safwan bin Jamal yang telahpun belajar di sana selama 1 semester. Dua orang lagi tajaan HPA yang baru berlepas pada 18 hb Feb baru-baru ini ialah Muhammaad Abu Al Ghida dan Muhammad Arshad bersama 3 lagi pelajar lain antaranya tajaan ABIM iaitu Saudara Suhail (schoolmate saya dulu).

Mereka belajar disana selama 5 tahun di Jinan Universiti Guangzhou China dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Mandarin. Semua jawapan daripada SMS ini disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi dibawah Unit IT & Multimedia dan telah disemak oleh Pengarah Urusan sendiri.

1. Kod SMS Info Penyakit dan Sinergi Herba

Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.

Format SMS:

Taip: RADIX (jarak) INFO (jarak) SH (kod penyakit) dan hantar ke 33886

Contoh SMS:

RADIX INFO SH004 - dan hantar ke 33886

KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH

Sekarang anda boleh lihat betapa banyaknya produk herba HPA yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Apa kata anda cuba gunakan khidmat SMS ini sekarang juga.

2. Ketahui Maklumat dan Kelebihan Produk-produk HPA Melalui SMS

Taip: RADIX (jarak) INFO (jarak) nama produk dan hantar ke 33886

Contoh SMS: RADIX INFO ARDISIA send to 33886

Klik disini untuk melihat Senarai Nama Produk HPA

3. Peringatan Waktu-waktu Solat Melalui SMS

SMS ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Subuh.

Taip: ON (jarak) RADIX (jarak) SOLAT (jarak) KOD NEGERI dan hantar ke 33886

Contoh SMS: ON RADIX SOLAT JB (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru) send ke 33886

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT

1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Bayaran RM 0.50 dikenakan untuk setiap SMS. Selamat mencuba!