Minggu, 23 Januari 2011

Benarkah Madu Asli HPA Benar-Benar Asli??

Salam ukhwah,
Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.

Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

Ditulis oleh: PJS Jamaluddin Yeop Majlis

Tidak ada komentar: