Minggu, 25 Oktober 2009
Ahli Baru Bulan Oktober
En. Mohd Rizan (Sg.Petani, Kedah)
http://www.duniaherba.net/jozan
Selamat Berjuang Buat Semua Rakan.
Jumat, 23 Oktober 2009
Pizza Radix House Kini Dibuka
Sabtu, 17 Oktober 2009
Minyak But-But
Testimoni ni saya ambil dari rakan sekerja saya.
Nama rahsia.
Saya mengalami masalah rekahan pada tapak kaki saya.
Saya menggunakan minyak but-but ni utk kegunaan pd kaki saya yg merekah. alhamdulillah setelah beberapa kali digunakan kaki saya menjadi lembut dan rekahan dikaki nampak kurang.
http://puncakgroup.blogspot.com
Selasa, 13 Oktober 2009
Semak Bonus HPA secara Online
Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh melihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai sekarang. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing. Bonus bulan Ogos 2009 telah dimasukkan.
Ahli HPA boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:
Sistem ini hanya memaparkan jumlah bonus sahaja. Tiada penyata. Pendaftaran dibuka sekarang!
Dapatkan Penyata Bonus Bulanan HPA Melalui Emel
Semua ahli HPA boleh memohon mendapatkan penyata bonus bulanan melalui emel. Ia akan dihantar dalam bentuk softcopy format MS Excel. Untuk urusan ini, sila emel ke:
awm.mis [at] gmail.com
*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel
Untuk mendapatkan susunan hirarki downline melalui emel, alamat emel untuk dihubungi ialah:
yuslina_y [at] yahoo.com
*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel
Jumat, 09 Oktober 2009
Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)
Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.
Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9
Nilai Mata (NM): 2
Jumat, 02 Oktober 2009
RFC cawangan kluang akan dibuka
MLM is Management, Leadership & Multiply
KONSEP 5+1 M
1. MENGAMALKAN PRODUK HPA
Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu “Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”. Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut. Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI (contoh)
Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.
2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA
Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.
3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE
Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:
-Perlu ada sasaran jualan
-Perlu belajar teknik penjualan berkesan
-Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan
-Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk
4. MEMBINA RANGKAIAN
Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.
5. MEMBIMBING RANGKAIAN
Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!
6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT
HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.
Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI
1. Bekam (Al-Hijamah)
2. Akupunktur
3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
4. Urut Refleksologi
5. Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi