Sabtu, 09 Januari 2010

Khasiat Beras Perang




Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Rabu, 06 Januari 2010

Pengurusan Kewangan Terbaik

MEMASUKI alam pekerjaan bukan sekadar satu impian tetapi satu kemestian. Suka atau tidak, seiring anjakan usia, kehidupan harus diteruskan bukan lagi dengan pembiayaan ibu bapa tetapi sendirian berhad (sendiri). bagaimana caranya untuk menampung keperluan ini? Tentunya dengan bekerja.

Seawal menjejakkan kami ke alam pekerjaan, anda pastinya menerima pelbagai nasihat kewangan…secara percuma. Jangan boros, perlu berjimat dan elakkan berhutang kad kredit. Ini sememangnya nasihat yang bagus.

Tetapi AWAS!!! Tidak semua nasihat, pesanan, petua dan pantang-larang kewangan yang anda terima itu bagus. Salah pertimbangan, kedudukan kewangan anda akan menjadi lebih huru-hara.

PERANCANGAN berbelanja amat perlu untuk elak masalah kewangan.

Penulis kolum kewangan The Wall Street Journal, Jonathan Clements, menyebut mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sering kali diberikan nasihat kewangan secara percuma dan kebanyakan nasihat itu tidak membantu sebaliknya mampu menimbulkan pelbagai masalah.

Empat `nasihat’ popular di bawah, kata Clements, adalah antaranya.

1. Himpun/Kumpul Tunai

Seawal menceburi dunia pekerjaan, pasti ramai yang menyimpan pelbagai cita-cita – membeli kereta, rumah dan tidak ketinggalan melabur dalam pasaran saham.

Tetapi, ramai pakar kewangan berpendapat perkara paling penting yang harus dilakukan adalah membuat simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya enam bulan jumlah perbelanjaan harian.

Hakikatnya, kata Clements, nasihat ini tidak realistik. Sekalipun anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan selepas pembayaran cukai, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat simpanan sebanyak itu.

Memburukkan keadaan, katanya, dalam memastikan simpanan kecemasan terus kukuh, ramai yang mengabaikan tabungan atau caruman yang lebih penting seperti skim kemudahan pekerja atau simpanan bagi pembelian rumah.

Nasihat beliau, lupakan tabungan untuk waktu kecemasan ini sebaliknya pastikan caruman dalam skim kemudahan pekerja, yang akan memberi pulangan lebih baik.

Ada simpanan dan nasib terbela sebagai pekerja.

2. Berbelanja mewah (besar)

Beli rumah paling besar yang boleh. Jangan, kata Clements. membuat pinjaman yang besar untuk membeli rumah yang besar dan mahal adalah satu tindakan tidak bijak, katanya. Anda hanya akan menambah beban perbelanjaan bulanan bagi membayar pinjaman perumahan dan mungkin beban membayar kos penyelenggaraan, cukai hartanah dan premium insurans perumahan sepanjang hayat.

Sepatutnya, beli rumah yang seadanya, sesuai dan selesa untuk anda dan keluarga.

3. Beli insurans nyawa

Ejen insurans sentiasa `mendesak’ pekerja muda, dalam usia 20-an untuk membeli insurans nyawa merangkumi kemudahan pampasan kematian dan simpanan pelaburan dengan alasan ia lebih murah jika dibeli pada usia muda.

Jangan! Kata Clements, pembelian insurans sebegini, yang ternyata mahal hanya akan menjadi pelaburan yang tidak berfaedah jika syarikat anda menawarkan pelbagai skim atau pelan kemudahan pekerja yang melindungi kebajikan anda.

Perlu ingat, tujuan utama membeli insurans nyawa adalah untuk melindungi keluarga anda – anda tidak memerlukannya jika tidak berkeluarga, tiada suami, isteri atau anak. Jika sudah berkeluarga, dapatkan insurans yang hanya menawarkan kemudahan atau pampasan kematian. Itu sudah memadai, kata Clements.

4. Bergerak seiring pertumbuhan ekonomi

Sering kali anda dinasihatkan supaya membuat pelaburan besar dalam pasaran saham pada usia muda kerana pertama, ada masa panjang sebelum bersara dan kedua, cukup masa mengaut keuntungan sebelum pasaran saham jatuh. Ini adalah nasihat yang bagus – secara teori.

Realitinya, anda pasti tidak mahu melabur dalam pasaran saham dan panik ketika pasaran saham merudum. Lebih-lebih lagi, jika anda masih baru dalam `permainan’ ini dan tidak pernah berhadapan dengan krisis kejatuhan pasaran.

Sebaiknya, kata Clements, mulakan pelaburan dengan 60 peratus untuk saham dan 40 peratus bon. Jika anda tidak gusar dengan pasang surut pasaran saham, tingkatkan pelaburan saham ke 85 peratus atau 90 peratus satu atau dua tahun kemudian.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat kewangan dan `termakan’ pujuk mereka yang konon-kononnya bergelar perundingan kewangan. Kenali kedudukan kewangan anda dan rancang perbelanjaan sebaiknya. Berpegang kepada perkara paling asas dan anda pasti tidak akan mengalami masalah kewangan.

10 Tips Pengurusan Kewangan

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Tips Utk Kecemerlangan Dlm Bisnes

Saya ingin berkongsi satu formula untuk anda lebih berjaya pada tahun 2010
dalam apa jua bidang yang anda ceburi khususnya bisnes HPA kita. Sebenarnya
saya dapat emel ini dari salah seorang usahawan Internet tempatan.

Formulanya ialah: M + T + T = K

M: Mewakili mindset. Anda perlu memiliki mindset sepertimana orang
yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset
orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk
memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak
membaca buku berkaitan orang yang berjaya.

T: Mewakili tindakan. Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin
kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda
juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda
tetapkan. Bertepatan lah dengan satu kata-kata Inggeris yang
berbunyi:

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we
must do."


T: T yang kedua pula mewakili tawakal. Bagi yang beragama Islam
pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal setelah berusaha
bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang
terbaik untuk diri kita.

S: Mewakili kejayaan. Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan
yang bakal anda kecapi. :)

Saya tambah sikit, untuk bisnes HPA kita, kita perlu ada:

MATLAMAT + FOKUS + GERAK KERJA KONSISTEN = KEJAYAAN

Minggu, 27 Desember 2009

RFC cawangan Melaka

Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.

1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.

Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.

Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.

Kamis, 10 Desember 2009

Produk Terbaru

Radix Strawberry 1500ml:

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 1

Radix Strawberry 500ml:

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 0.3

Senin, 07 Desember 2009

Dilema ekonomi Melayu

Dilema ekonomi Melayu

Tuesday, 09 June 2009 08:17AM

©Utusan Malaysia

Oleh IBRAHIM ALI

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar

Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot

dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil

bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak

agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata

mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi,

iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan,

orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah

suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan

orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud

perangkaan atau statistik di bawah.

Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah

Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing ketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.

Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balik ke negara asal mereka.

Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, pun masih mendapati orang asing mengatasi pribumi.

Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada

5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayu seramai 3.2 juta orang

(Cheah Boon Kheng 2007).

Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding orang Melayu dan Bumiputera

pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhan rakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah orang

Melayu dan Bumiputera. Orang Cina seramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of

Malaya Year Book 1959).

Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh

sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu

sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik

1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60

peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus

agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu,

orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256

juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera,

RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat

nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik

individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti

milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam

tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).

Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang

sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominen pada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta

lain-lain petunjuk ekonomi di era sebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajah

British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti dan manifestasi bahawa sehingga

hari ini, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan

Bumiputera dan berbanding kedudukan pemodal asing di negara ini.

Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan

relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana

sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjaya

mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan

Bumiputera di Malaysia.

Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan Melayu untuk mempersoalkan DEB, DPN,

keistimewaan orang Melayu, biasiswa untuk Bumiputera dan segala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada orang

Melayu dan Bumiputera kebelakangan ini?

Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidang pelajaran rendah, pelajaran

menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengah kelompok bukan Melayu pada hari ini?

Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anak Melayu masuk universiti. Bakinya

yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.

Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan tunduk

kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukan Melayu.

Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensitif terhadap kemajuan orang

Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera

dengan lebih ikhlas dan dedikasi.

Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC), saya

menyeru, fikirkanlah masa depan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan.

Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayu ini jadi seperti kacang yang

lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniaga Melayu dan Bumiputera.

Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLC dan mereka yang berada

dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pasti dapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati

sekarang.

Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluang perniagaan kepada orang

Melayu dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawai menafikan peluang perniagaan yang sepatutnya

diberikan kepada usahawan dan peniaga Melayu serta Bumiputera.

Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosial kepada NGO dan pertubuhan

Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakan aspirasi Melayu dan Bumiputera.

Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini. Janganlah kalau untuk

hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hingga berjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk

menggerak serta memperkasakan perjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantu

perjuangan ini.

Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayu dalam syarikat korporat dan

GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasi perjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan orang

Melayu dan Bumiputera di negara ini di masa akan datang.

Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini. Penegasan

semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan Bumiputera terus dilanda dilema politik

dan dilema ekonomi di tanah airnya sendiri.

Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang lalu ditanakkan, anak di rumah

mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsa ini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti orang

Melayu dan Bumiputera kembali memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.

Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihak pemerintah juga sentiasa

mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang

termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan

Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usaha kita melakukan penegasan

semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakan yang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua

keturunan, pemerintah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan

para pendukung GLC di Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.