Rabu, 23 Februari 2011

ROSELLE

Product Knowledge: ROSELLE

Roselle adalah sejenis tumbuhan dari spesis bunga raya atau dikenali dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa. Di Malaysia tumbuhan ini dikenali dengan nama "Asam Paya" dan di negara-negara barat ia dikenali dengan nama "Florida cranberry". Di negara-negara arab pula tumbuhan ini sangat terkenal dan digunakan sebagai pemakanan harian dan dikenali dengan nama "Karkadeh".

Mengikut kajian yang telah dibuat, Roselle secara semulajadinya mengandungi Asid Hidroksi Citrit (HCA). Bahan aktif ini bertindak bertindak melalui 2 cara:

1. Merencatkan pembentukan lemak baru.
2. Meningkatkan kadar penghasilan hormon serotonin yang akan merangsang sel T mengeluarkan hormon melatonin iaitu hormon keceriaan untuk mendapatkan deep sleeping.

Roselle juga mempunyai kandungan mineral, vitamin C (L-Ascorbic acid) dan antioksidan. Antara bahan antioksidan yang banyak terdapat dalam roselle ialah "Anthocyanins" sebagai agen anti penuaan dengan mengawal dan menyingkirkan zarah radikal bebas dari badan. Antioksidan ini juga bertindak memperkukuhkan ketahanan sel, membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.

Minuman Roselle HPA

Minuman Roselle HPA merupakan penyediaan roselle dalam bentuk uncang teh. Setiap uncang mengandungi 2gm kelopak halus (calyx) bunga roselle. Penyediaan produk dalam bentuk uncang teh adalah lebih alami dan juga membolehkan pengguna mengawal sendiri jumlah pengambilan gula atau menggantikannya dengan madu asli HPA.

Penghasilan produk ini adalah melalui proses yang terkini. Pengeringan kelopak roselle dilakukan dengan dua peringkat. Pertama ia dikeringkan secara semulajadi (penjemuran) dan kemudiannya dikeringkan melalui mesin pengeringan dalam tempoh waktu dan suhu yang terkawal. Ini memastikan kualitinya terjamin. Kemudian proses pembungkusan ke dalam uncang dan bungkusan siap dilakukan dikilang yang bertaraf GMP sekaligus menjanjikan produk ini selamat, bersih dan berkualiti.

1 kotak mengandungi 35 uncang

Harga pengguna RM20.00
Harga pengedar RM16.00 dengan 7NM.

Jadikanlah ia sebagai minuman rasmi di rumah. InsyaAllah ianya dapat menguatkan DAYA KETAHANAN TUBUH dari serangan RADIKAL BEBAS.

Selain Minuman Roselle (teh uncang), produk HPA lain yang menggunakan roselle ialah Roselle kapsul, Kordial Roselle, RTD Roselle, Halwa Roselle, Sos Cili Roselle, D DEU, Aiskrim Toyyibah (perisa Roselle Ripple), Jem Roselle.

Senin, 21 Februari 2011

Mee Sanggul Desa


Anda pengemar mee sanggul. Ini ada satu produk baru mee sanggul keluaran muslim 100%.
Ini dia Azman Mee Sanggul Desa. Ini bukan keluaran HPA tau, saja je saya tolong promosi bagi membantu rakan2 muslim lain berniaga.
Bagi rakan2 yg nak dptkanya boleh pergi ke pasar tani pokok sena, kepala batas, pulau pinang.
atau call aje no fon kat gambar tu.

Kamis, 17 Februari 2011

Wajah-Wajah Orang Kaya Malaysia




KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.


"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.


Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.


"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.


Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

* dipetik dari kosmo

Sabtu, 12 Februari 2011

Konsep bisnes MLM HPA & DuniaHerbaHPA.net

Salam ukhwah semua,

Pengenalan berkenaan HPA.
HPA menggunakan kaedah pemasaran Multi Level Marketing (MLM)
untuk semua produknya. MLM adalah bentuk bisnes yang menggunakan
pemasaran secara rangkaian/network dan menitikberatkan amalan
bekerja dalam satu kumpulan (jemaah).

Bisnes MLM menggunakan konsep MENAJA iaitu merekrut atau mendapatkan
rakan niaga (downline) baru supaya produk dapat diedarkan dengan
lebih cepat. Istimewanya MLM HPA adalah kerana ia berlandaskan
Syariah dan dipantau oleh Panel Syariah HPA sendiri yang terdiri
daripada 11 orang ilmuwan agama dan ahli akademik.

semua rakan2 telah mempunyai laman web pemasaran sendiri!

Tahukah anda bahawa anda telah mempunyai laman web perniagaan anda
untuk menjalankan perniagaan dari rumah saadon (Bisnes MLM HPA) melalui
internet? Yang nyatanya laman web anda sudah bersedia untuk menerima
tetamu dari seluruh dunia. Ini bermakna anda sudah bersedia untuk
menjana pendapatan. Ayuh mulakan tindakan anda sekarang. Tanpa ada
usaha (tindakan), tentulah tiada hasilnya.

Bagaimana pula sistem autodownline DuniaHerbaHPA.net ini boleh
membantu anda menaja ahli baru?

Setelah anda mendaftar ahli VIP, anda akan menerima sebuah laman web
replika PERCUMA ( www.duniaherbahpa.net/userid_anda ). Sila login web anda
menggunakan userid dan password anda (jika belum jadi ahli boleh klik ke http://www.duniaherbahpa.net/yuser) untuk membiasakan diri dengan
bantuan dan perkhidmatan yang disediakan. anda kini sudah boleh akses
ke menu Download, Vip Area, dan bahan Promosi.

anda perlu promosikan web replika ( www.duniaherbahpa.net/userid_anda )
anda kepada sesiapa sahaja kenalan anda di Internet ataupun secara
offline contohnya flyers. Apabila ada prospek yang klik pada web replika
anda dan mendaftar VIP, maka mereka akan secara automatik diletakkan
sebagai downline anda.


Laman web pemasaran anda akan;

(1) Mencatat maklumat prospek yang berminat untuk menyertai MLM HPA untuk
anda hubungi.
(2) Secara automatik meletakkan prospek anda sebagai downline perniagaan anda.
(3) Memudahkan anda untuk membuat tindakan susulan.
(4) Bekerja 24/7 walaupun anda sedang tidur, membuat presentation dan
penajaan bagi pihak anda.
(5) Mencari individu yang serious dan bermotivasi seperti anda untuk membina
perniagaan sendiri.
(6) Menerangkan kenapa HPA menjadi MLM terulung bagi setiap Muslim dan
kepentingan menyertai HPA.
(7) Menyediakan latihan untuk berjaya dan bahan-bahan bagi penajaan yang sangat
berguna bagi menyokong anda dan ahli kumpulan anda.

Dengan menggunakan konsep ini, tiada halangan untuk anda menaja prospek dari
pelusuk Nusantara di mana terdapat Cawangan HPA berbanding penajaan tradisional
yang membataskan anda mencari prospek di kalangan mereka yang boleh dilawati
sahaja (berhampiran dengan anda).

Dengan kaedah ini, perkembangan jaringan anda berkembang dengan kadar yang sangat
tinggi dan tidak mustahil, dalam tempoh 5 bulan anda boleh menjana pendapatan
4, 5 angka. Adakah anda bersedia untuk itu?

Saya berharap setelah anda membaca maklumat ini, konsep perniagaan MLM HPA kumpulan
kita bersama DuniaHerbaHPA.net semakin jelas.

Hubungi saya dengan segera sekiranya anda perlukan bantuan saya.

Wassalam.

(jika belum jadi ahli boleh klik ke http://www.duniaherbahpa.net/yuser)
========

Saadon
012-5648649

Minggu, 23 Januari 2011

Benarkah Madu Asli HPA Benar-Benar Asli??

Salam ukhwah,
Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.

Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

Ditulis oleh: PJS Jamaluddin Yeop Majlis

Selasa, 07 Desember 2010

Masalah gejala sosial yg semakin pening.

Salam Maal Hijrah 1432H


Kepada Semua rakan2 dan ahli Puncakgroup HPA saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432.

Bersama utk membangunkan diri dan berubah menjadi lebih baik dan cemerlang ditahun ini. InsyaAllah.