Minggu, 09 Mei 2010

Ekonomi Negara Milik Siapa?


Tidak ada kesedaran atau pun hanya sekadar bersetuju apa yang diperkatakan, atau pun hanya mengambil pendekatan tidak perlu ambil tahu hanya kerana tidak berasa diri terlibat atau pun terasa tidak berkepentingan untuk membangunkan bangsa sendiri disebabkan berfikiran ada orang lain yang uruskan.

Dalam kesibukan orang melayu berpolitik, tidak kira mana-mana parti sama ada dari kerajaan ataupun pembangkang, tiada gunanya jika mana-mana pihak berkuasa jika tidak mampu menguasai ekonomi.

DEB dituduh gagal, malah tuduhan mengatakan DEB gagal hanya lebih bersifat menyalahkan orang lain kerana berasakan diri tidak dapat merasai seperti mana orang lain yang sudah berjaya,sebaliknya menuduh itu ini begitu begini.

Gagal melihat cerminan diri adalah menjadi salah satu punca mengapa ekonomi orang melayu sendiri tidak membangun.Untuk menyalahkan kerajaan 100% adalah tidak adil.

Apabila harga barang naik, oleh kerana sempitnya pemikiran dan kurangnya kesedaran,segala permasalahan akan dipersalahkan kepada kerajaan,walhal orang melayu sendiri gagal melihat dari mana punca dan mengapa harga barang naik.

Alasan pemborong kononnya harga minyak naik,kemudian terpaksa menaikkan harga barangan langsung tidak boleh diterima,walhal dalam masa yang sama pengilang ataupun pengeluar turut sama menerima subsidi.

Contohnya harga Ikan, mana mungkin harga ikan melambung tinggi dek kerana harga minyak naik,walhal nelayan diberi subsidi minyak,bot & enjin turut disubsidi,dan termasuklah wang saku turut diberi, lori yang menggankut ikan ,kos minyak turut disubsidi.

Apa perlunya harga ikan melambung tinggi? atas alasan apakah yang menyebabkan harga ikan naik? Ikan di tangkap dilautan yang luas bukannya diternak.

Justeru siapakah yang sebenarnya yang memanipulasi harga ikan? Pemborong? 99.9% pemborong ikan adalan dari kaum mana? Siapa yang mengawal harga? Kerajaan? ataupun pemborong? Siapa pemborongnya?

Kes harga gula turut sama berlaku,walhal gula diberi subsidi,tetapi mengapa kadang kala tibanya musim perayaan tiba tiba stok kehabisan,siapakah yang menjadi pemborong?siapakah yang sorok stok gula?berpuluh ribu tan stok gula di sorok untuk mengambil keuntungan mudah apabila berlakunya kenaikan harga ,setiap tan disubsidi kerajaan,apabila berlaku kenaikan harga gula siapakah yang menjadi mangsa? Mengapa penyangak dikalangan pemborong amat kurang diambil tindakan?Kawtim kah?

Lupakah anda,setiap kali berlakunya hal ini ,kerajaan didesak dan dipersalahkan,hinggakan pak menteri sendiri terpaksa memberi penjelasan yang kadang kala ntah apa apa,walhal penyangak yang sebenar terlepas begitu saja.

Barangkali pak menteri sendiri turut sama kurang ambil tahu masaalah sebenar dan tidak kerap turun kebawah hanya mendengar nasihat dan laporan PTD yang lebih gemar menyogok cerita yang enak enak saja?Penguatkuasaan lemah?atau tidak buat kerja?atau lebih banyak beretorik dari membuat tindakan.

Pasca PRU12, politik perut menjadi penentu jatuh bangun kerajaan,tumbangnya 5 negeri disebabkan protes kerana rakyat begitu tertekan akibat kenaikkan harga minyak yang menjadi hampir kesemua barangan isi rumah naik harga.

Kerajaan dipersalahkan kerana pelaksanaan dasar yang kurang bijak, dan dari sudut ini kerajaan era Pak Lah memang gagal, rakyat menjadi panik apabila barangan naik dengan mendadak, tetapi pada masa yang sama tidak melihat bagaimana gerembolan pemborong dan pengedar yang dimonopoli oleh kaum cina mengambil peluang atas kesengsaraan rakyat dengan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sabotaj ekonomi terang terangan berlaku, tetapi rakyat gagal melihat isu ini.

Siapa yang mengawal siapa? Kerajaan yang gah kononnya diperintah oleh BN dan terasnya UMNO, hanya bersifat eksekutif dan pembuat dasar.

Orang melayu gagal melihat siapakah yang mengawal dan mengekplotasi akibat monopoli sektor ekonomi,daripada peruncitan mikro hinggalah kepada yang makro.

Ekonomi orang melayu disabotaj oleh kaum cina dan orang melayu sendiri.Mengapa? Siapa yang terlibat? Anda sendiri yang terlibat.

Jika anda yang pernah ke pameran MIHAS, berpuluh ribu produk bumiputra yang berkualiti dan setaraf produk dari luar negara.Tetapi mengapa produk produk ini gagal dipasarkan dinegara sendiri?


Walhal puluhan juta dibelanjakan oleh badan badan kerajaan dan kementerian untuk membangunkan produk bumiputra yang cukup berkualiti,tetapi masih gagal. Mengapa?

Siapakah yang menjadi pemborong kepada kedai kedai runcit di serata pelosok negara? 99.9% pemborong adalah terdiri daripada kaum cina. Fungsi Prosper turut tidak kemana,kononnya mahu membangunkan sektor peruncitan dan pemborong bumi, tetapi terlalu banyak kekangannya. GAGAL! Mengapa?

Mengapa pemborong cina tidak mengambil produk produk bumiputra untuk dipasarkan kepada kedai kedai runcit?

Mengapa mereka tidak memasarkan produk produk bumiputra ke pasaraya mega yang pada masa sekarang ini menjadi tumpuan rakyat untuk membeli keperluan rumah?

Hampir 99 % produk di pasaraya besar seperti Carefour & Tesco bukanlah produk bumiputra,mengapa produk produk hebat di yang pamerkan di MIHAS tidak ada? Apa yang tak kena? Orang melayu sendiri tidak mahu produk bumi atau produk bumi tidak di ada dipasaran?

Cuba lawat pasaraya Tesco di Kota Damansara, beribu jenis produk di letakkan di atas rak dipamerkan dengan cantik. Beratus barisan rak barangan yang ada hampir kesemuanya adalah produk bukan bumiputra.

Nak tahu berapa rak yang ada untuk produk bumiputra? Lihat gambar di atas.


Sebesar besar ruangan pameran di pasaraya ini, hanya ada 1 barisan rak dikhaskan untuk produk bumiputra.

Mengapa produk bumiputra di labelkan sebagai produk tempatan? Mengapa produk dari Lam Soon, Munchys, Sara Lee, Yeos dan banyak lagi produk bukan melayu yang di hasilkan di bumi Malaysia tidak dicampurkan sekali dengan barangan dan produk bumi.

Produk bumiputra didiskriminasi oleh pasaraya ,mengapa? RASIS??!! Adakah produk ini tidak berkualiti?adakah dikenakan charge untuk diletakkan diatas rak pameran oleh pihak pasaraya?

Kita berasa cukup sedih dan berasa ada yang tidak kena apabila melihat produk produk ini diletak bagaikan perhiasan.Tanpa mampu menarik perhatian pembeli.

Dalam masa menyalahkan pihak pasaraya, pemborong dan pengedar yang bukan melayu, adakah orang melayu sendiri yang tidak menyokong produk bumiputra?

Mudah untuk menarik konsumer melayu, hanya letakkan label HALAL yang besar, bungkusan yang agak menarik sedikit, murah, pasti mereka akan membelinya. Itulah yang dibuat oleh pengeluar bukan bumiputra.

Melayu menguasai peratusan tertinggi kuasa membeli, tetapi amat malang sekali tiada kesedaran dan jihad ekonomi.Tuntutan dan demand kepada barangan keluaran bumiputra jika dibuat secara besar besaran, pasti akan melonjakkan ekonomi kaum bumiputra keseluruhannya.

Tidak ada komentar: