Selasa, 25 Mei 2010

MLM adalah skim PIRAMID??

Salam ukhwah,

Antara salah satu soalan popular dalam MLM ialah berkenaan topik MLM adalah piramid atau bahasa mudahnya MLM ni hanya memperkaya orang atas saja (upline lah tu). Ini adalah persoalan biasa dalam MLM yang sering dilontarkan oleh mereka2 yang tidak memahami MLM dengan sebenar2nya. Jadi bagi menjawab persoalan ini, saya kongsikan dengan anda jawapan dari salah seorang Sifu dalam Bisnes MLM ni

Sebagai pengamal MLM, sehingga hari ini sudah hampir 12 tahun melibatkan diri dalam dalam syarikat MLM terkemuka di Malaysia, saya sudah begitu masak dengan tanggapan begini... MLM adalah piramid... Sebenarnya ini adalah tanggapan negatif.. MLM adalah MLM dan pyramid scheme adalah piramid, sesuatu benda yang berbeza. Skim Piramid adalah bukan MLM, dan kalau MLM, ia adalah bukan piramid skim... Tetapi harus diingati... ada Skim Piramid yang bertopengkan MLM... MLM sebenarnya murni dan mulia.... (panjang lebar untuk dibincangkan)

Banyak yang saya jumpa prospek yang negatif yang mengatakan MLM adalah Piramid..!!, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa itu piramid.. Mereka berkata... Ah.. MLM semua sama je.. semuanya PIRAMID..!!?.. Bila dengar jawapan begitu.. aduh.. telinga saya mula berdesing.. tapi saya cool saja.. sebab saya tahu orang itu memang jahil dan tak tahu apa itu MLM..

Biasanya saya akan tanya kembali kepadanya... APA itu PIRAMID yang anda maksudkan..? dia sendiri pun terkebil-kebil dan tak tahu nak jawab.... bila saya mendesak lagi... Apa dia piramid tu.. yang menyebabkan anda tak suka dan "ellergy"..? Lalu dia menjawab... Ya..la Piramid la.. kita buat-buat nanti orang atas kaya, kita buat kerja untuk orang atas. Maka fahamlah saya maksud PIRAMID mengikut definasinya ialah, "kita buat kerja untuk orang atas, atau orang atas kaya disebabkan kerja kita"

Kalaupun betul MLM adalah PIRAMID (seperti yang difahamkan dalam dialog tadi), apa salahnya... Saya lantas berkata..."Kalau anda tak suka PIRAMID... Maka anda kena berhenti kerja (resign) di tempat anda bekerja sekarang....! Sambil terkebil-kebil beliau menjawab... Kenapa Pulak...? Ya la.. kena resign sekarang sebab anda tak suka PIRAMID... Tahukan PIRAMID yang paling besar adalah majikan anda, anda kerja macam mana rajin pun, gaji anda tidak boleh melebihi gaji Boss anda, Walau sekuat mana anda bekerja pun, anda TIDAK akan menjadi JUTAWAN, bahkan pemilik sayarikat anda atau majikan anda setiap tahun menukar kereta mewah.. !! Jadi kalau anda tidak suka kepada sistem piramid, mulai sekarang berhenti dari makan gaji yang mana anda mungkin sudah 20 tahun atau 30 tahu bekerja dengan baiknya demi untuk memperkayakan Boss atau Majikan anda.. Anda masih lagi tidak cukup wang.. Setelah 30th bekerja... wang sebanyak RM2449 untuk memulakan perniagaan burger pun tidak ada. sayangnya.. Adil kah sistem di tempat kerja anda..?

MLM tidak begitu... walaupun orang atas KAYA atau tauke syarikat menjadi semakin KAYA kerana usaha kita... itu biasa.. Sebab dalam dunia ini kita tidak boleh lari dari "Saling kaya memperkayai antara satu sama lain". Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari sistem ini. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Tauke kasut mesti berkawan dengan tauke baju, sebab dia juga perlu pakai baju dan terpaksa mendapatkan baju dengan membelinya dari tauke baju. Begitulah sebaliknya..

Maka MLM pun sama..Upline Kaya atau Tauke Syarikat menjadi kaya.. itu tidak menjadi masalah, sebab saya juga BOLEH menjadi kaya.. inilah yang dikatakan "Win-Win Situation..." Tidak seperti kerjaya makan gaji yang jelas piramid.. yang mana Bos dan Majikan sahaja yang boleh jadi kaya... dan kita hanya jadi KAYAP sahaja selepas 30 tahun bekerja...adakah ianya adil...???

Dulu semasa memulakan perniagaan MLM, setahun kemudian upline saya mendapat kereta mewah... kawan saya terus berkata.. Tengok..!! hasil dari kerja kuat kau, sekarang upline dah dapat kereta mewah... Saya menjawab... itu standard... kau pun kerja kuat di office kau, sampai malam pun kadang2 stay back... tapi boss kau juga yang pakai kereta mewah...engkau pakai kereta Iswara je.... Dia menjawab.... itu biasa ...makan gaji...

Selepas setahun setengah kemudian... saya juga mampu memiliki kereta mercedes mewah... Saya berkata kepadanya... Tengok...!! melalui MLM, orang atas boleh memiliki kereta mewah, itu tidak penting bagi aku... tetapi yang penting ialah "Aku juga boleh memilikinya.." Kau yang makan gaji, dari dulu kereta yang sama, bahkan Majikan anda dah tukar kereta mewah berkali-kali.. tapi anda masih lagi kereta yang sama.... ? kalau upline saya boleh berpendapatan RM50k sebulan... akhirnya saya juga boleh mencapainya... jadi,.... yang mana satu PIRAMID...

Fikir2kanlah!

Minggu, 23 Mei 2010

Tips 1 Minit Bisnes MLM

Tips ini saya dapat dari sebuah blog Usahawan MLM. Semoga bermanfaat.

TIPS RINGKAS MLM

PRAKTIKKAN KONSEP U.S.E.

USE = guna - anda mesti mengguna produk anda 100%, semua produk yang anda guna selama ini mungkin anda beli dari pasaraya, hari ini anda mesti membeli di syarikat MLM anda (HPA lah tu).. Jadilah pengguna 100% produk MLM anda.. ini di panggil pengguna bijak. Kalau anda tidak mengguna produk MLM anda sendiri, sebenarnya ANDA TIDAK BERGUNA... ha.ha.. (gurau je)

U = Use => mengguna 100%

S = Share => sharing... berkongsi dengan keluarga, kawan dan ramai orang atau orang ramai seramai yang mungkin. Berapa ramai..? Sehingga semua orang di Malaysia tahu produk anda. Berkongsi kebaikan atau testimoni.

E = Educate => mengajar keluarga, kawan atau orang ramai supaya mereka mengguna produk anda dan mengajar mereka supaya berkongsi dengan ramai-ramai-ramai orang juga.

Jadi kesimpulannya mudah sahaja iaitu 3 huruf => USE

U = use your product 100% = guna produk 100%
S = share = berkongsi
E = Educate them to do the same (use and share)

Itulah multi level marketing (MLM).

Sabtu, 15 Mei 2010

Impian Dalam HPA

Salam Perjuangan.

Semua org ada impian. Begitu juga dlm bisnes HPA. Impian atau matlamat penting dlm perniagaan HPA ini supaya kita tak lari dari arah tujuan sebenar kita sertai HPA.

Apa impian anda ?
————————–
Pada saya, setiap kita yang melakukan bisnes mempunyai impian masing-masing. Impian inilah yang akan menggerakkan kita untuk terus melakukan bisnes walaupun macam -macam cabaran yang akan kita lalui.

Contoh: Income HPA RM2,000 pada pertengahan 2010

Impian tersebut biarlah specific, seperti mempunyai tarikh bila ingin capai dan juga jumlah yang ingin dicapai.

Pecahkan kepada target kecil
—————————————
Impian perlu dipecahkan kepada target-target kecil kerana jika tidak dipecahkan kita mungkin akan merasa terlalu berat dan mungkin tidak tahu macamana untuk mula. Kita mula dengan dengan kecil dan dari masa ke semasa, bila dah dapat rentak, kita boleh tinggikan lagi target kita.
Mungkin sebagai permulaan, kita boleh letak target bulanan seperti dibawah:

i- Maintain bulanan HPA- 50NM
ii- Cari downline – 2 orang sebulan

Kita mesti sama-sama cuba sedaya upaya untuk capai target kecil tersebut kerana jika target tersebut tidak kita capai, kita tidak akan sampai ke impian.

Cara Letak Web Dunia Herba di email

Rabu, 12 Mei 2010

Minggu, 09 Mei 2010

Ekonomi Negara Milik Siapa?


Tidak ada kesedaran atau pun hanya sekadar bersetuju apa yang diperkatakan, atau pun hanya mengambil pendekatan tidak perlu ambil tahu hanya kerana tidak berasa diri terlibat atau pun terasa tidak berkepentingan untuk membangunkan bangsa sendiri disebabkan berfikiran ada orang lain yang uruskan.

Dalam kesibukan orang melayu berpolitik, tidak kira mana-mana parti sama ada dari kerajaan ataupun pembangkang, tiada gunanya jika mana-mana pihak berkuasa jika tidak mampu menguasai ekonomi.

DEB dituduh gagal, malah tuduhan mengatakan DEB gagal hanya lebih bersifat menyalahkan orang lain kerana berasakan diri tidak dapat merasai seperti mana orang lain yang sudah berjaya,sebaliknya menuduh itu ini begitu begini.

Gagal melihat cerminan diri adalah menjadi salah satu punca mengapa ekonomi orang melayu sendiri tidak membangun.Untuk menyalahkan kerajaan 100% adalah tidak adil.

Apabila harga barang naik, oleh kerana sempitnya pemikiran dan kurangnya kesedaran,segala permasalahan akan dipersalahkan kepada kerajaan,walhal orang melayu sendiri gagal melihat dari mana punca dan mengapa harga barang naik.

Alasan pemborong kononnya harga minyak naik,kemudian terpaksa menaikkan harga barangan langsung tidak boleh diterima,walhal dalam masa yang sama pengilang ataupun pengeluar turut sama menerima subsidi.

Contohnya harga Ikan, mana mungkin harga ikan melambung tinggi dek kerana harga minyak naik,walhal nelayan diberi subsidi minyak,bot & enjin turut disubsidi,dan termasuklah wang saku turut diberi, lori yang menggankut ikan ,kos minyak turut disubsidi.

Apa perlunya harga ikan melambung tinggi? atas alasan apakah yang menyebabkan harga ikan naik? Ikan di tangkap dilautan yang luas bukannya diternak.

Justeru siapakah yang sebenarnya yang memanipulasi harga ikan? Pemborong? 99.9% pemborong ikan adalan dari kaum mana? Siapa yang mengawal harga? Kerajaan? ataupun pemborong? Siapa pemborongnya?

Kes harga gula turut sama berlaku,walhal gula diberi subsidi,tetapi mengapa kadang kala tibanya musim perayaan tiba tiba stok kehabisan,siapakah yang menjadi pemborong?siapakah yang sorok stok gula?berpuluh ribu tan stok gula di sorok untuk mengambil keuntungan mudah apabila berlakunya kenaikan harga ,setiap tan disubsidi kerajaan,apabila berlaku kenaikan harga gula siapakah yang menjadi mangsa? Mengapa penyangak dikalangan pemborong amat kurang diambil tindakan?Kawtim kah?

Lupakah anda,setiap kali berlakunya hal ini ,kerajaan didesak dan dipersalahkan,hinggakan pak menteri sendiri terpaksa memberi penjelasan yang kadang kala ntah apa apa,walhal penyangak yang sebenar terlepas begitu saja.

Barangkali pak menteri sendiri turut sama kurang ambil tahu masaalah sebenar dan tidak kerap turun kebawah hanya mendengar nasihat dan laporan PTD yang lebih gemar menyogok cerita yang enak enak saja?Penguatkuasaan lemah?atau tidak buat kerja?atau lebih banyak beretorik dari membuat tindakan.

Pasca PRU12, politik perut menjadi penentu jatuh bangun kerajaan,tumbangnya 5 negeri disebabkan protes kerana rakyat begitu tertekan akibat kenaikkan harga minyak yang menjadi hampir kesemua barangan isi rumah naik harga.

Kerajaan dipersalahkan kerana pelaksanaan dasar yang kurang bijak, dan dari sudut ini kerajaan era Pak Lah memang gagal, rakyat menjadi panik apabila barangan naik dengan mendadak, tetapi pada masa yang sama tidak melihat bagaimana gerembolan pemborong dan pengedar yang dimonopoli oleh kaum cina mengambil peluang atas kesengsaraan rakyat dengan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sabotaj ekonomi terang terangan berlaku, tetapi rakyat gagal melihat isu ini.

Siapa yang mengawal siapa? Kerajaan yang gah kononnya diperintah oleh BN dan terasnya UMNO, hanya bersifat eksekutif dan pembuat dasar.

Orang melayu gagal melihat siapakah yang mengawal dan mengekplotasi akibat monopoli sektor ekonomi,daripada peruncitan mikro hinggalah kepada yang makro.

Ekonomi orang melayu disabotaj oleh kaum cina dan orang melayu sendiri.Mengapa? Siapa yang terlibat? Anda sendiri yang terlibat.

Jika anda yang pernah ke pameran MIHAS, berpuluh ribu produk bumiputra yang berkualiti dan setaraf produk dari luar negara.Tetapi mengapa produk produk ini gagal dipasarkan dinegara sendiri?


Walhal puluhan juta dibelanjakan oleh badan badan kerajaan dan kementerian untuk membangunkan produk bumiputra yang cukup berkualiti,tetapi masih gagal. Mengapa?

Siapakah yang menjadi pemborong kepada kedai kedai runcit di serata pelosok negara? 99.9% pemborong adalah terdiri daripada kaum cina. Fungsi Prosper turut tidak kemana,kononnya mahu membangunkan sektor peruncitan dan pemborong bumi, tetapi terlalu banyak kekangannya. GAGAL! Mengapa?

Mengapa pemborong cina tidak mengambil produk produk bumiputra untuk dipasarkan kepada kedai kedai runcit?

Mengapa mereka tidak memasarkan produk produk bumiputra ke pasaraya mega yang pada masa sekarang ini menjadi tumpuan rakyat untuk membeli keperluan rumah?

Hampir 99 % produk di pasaraya besar seperti Carefour & Tesco bukanlah produk bumiputra,mengapa produk produk hebat di yang pamerkan di MIHAS tidak ada? Apa yang tak kena? Orang melayu sendiri tidak mahu produk bumi atau produk bumi tidak di ada dipasaran?

Cuba lawat pasaraya Tesco di Kota Damansara, beribu jenis produk di letakkan di atas rak dipamerkan dengan cantik. Beratus barisan rak barangan yang ada hampir kesemuanya adalah produk bukan bumiputra.

Nak tahu berapa rak yang ada untuk produk bumiputra? Lihat gambar di atas.


Sebesar besar ruangan pameran di pasaraya ini, hanya ada 1 barisan rak dikhaskan untuk produk bumiputra.

Mengapa produk bumiputra di labelkan sebagai produk tempatan? Mengapa produk dari Lam Soon, Munchys, Sara Lee, Yeos dan banyak lagi produk bukan melayu yang di hasilkan di bumi Malaysia tidak dicampurkan sekali dengan barangan dan produk bumi.

Produk bumiputra didiskriminasi oleh pasaraya ,mengapa? RASIS??!! Adakah produk ini tidak berkualiti?adakah dikenakan charge untuk diletakkan diatas rak pameran oleh pihak pasaraya?

Kita berasa cukup sedih dan berasa ada yang tidak kena apabila melihat produk produk ini diletak bagaikan perhiasan.Tanpa mampu menarik perhatian pembeli.

Dalam masa menyalahkan pihak pasaraya, pemborong dan pengedar yang bukan melayu, adakah orang melayu sendiri yang tidak menyokong produk bumiputra?

Mudah untuk menarik konsumer melayu, hanya letakkan label HALAL yang besar, bungkusan yang agak menarik sedikit, murah, pasti mereka akan membelinya. Itulah yang dibuat oleh pengeluar bukan bumiputra.

Melayu menguasai peratusan tertinggi kuasa membeli, tetapi amat malang sekali tiada kesedaran dan jihad ekonomi.Tuntutan dan demand kepada barangan keluaran bumiputra jika dibuat secara besar besaran, pasti akan melonjakkan ekonomi kaum bumiputra keseluruhannya.

Rabu, 05 Mei 2010

Nak tapi tak tahu

Artikel: Nak tapi tak tahu

oleh: Fadzli Yusof

Pelik. Ramai orang bercita-cita untuk berjaya, tetapi enggan untuk melakukan apa yang orang berjaya lakukan. Jika ditanya, apakah impian hidup yang mereka inginkan; dengan tangkas mereka menyenaraikan model kereta dan jenama pakaian yang mahal-mahal. Wajah mereka kelihatan begitu yakin dan ‘bermaruah’. Walhal, mereka tidak sedikit pun sedang berada pada ‘trek’ yang betul untuk mencapai apa yang diangan-angankan.

Lebih teruk, ada yang bercita-cita besar, tetapi tidak pernah pun ‘beriman’ dengan cita-citanya sendiri. Tak yakin dengan apa yang dia inginkan. Cita-citanya hanyalah berfungsi untuk mengisi Borang Biodata Pelajar, ataupun sebagai jawapan kalau-kalau ditanya oleh cikgu.

Nanti dulu. Ada lagi yang lebih teruk. Mereka yang apabila ditanya; Apakah impian anda? Mereka akan menjawab;

“Saya ingin menjadi manusia yang berjaya”. Atau;

“ Saya ingin mencapai cita-cita saya!”. Katanya dengan penuh semangat.

Tetapi, apabila ditanya apa itu ‘manusia berjaya’?, atau apa itu ‘mencapai cita-cita’, mereka akan tergagap-gagap, macam pendatang tanpa izin terserempak dengan pegawai imigresen. Barulah kita tahu bahawa kata-kata ‘manusia berjaya’ dan ‘cita-cita’ itu hanyalah retorik untuk menyedapkan hati sahaja… Mereka sebenarnya tidak pernah mempunyai matlamat hidup.

Makan atau makan-makan?

Satu soalan mudah; apakah perbezaan antara ‘MAKAN’ dengan ‘MAKAN-MAKAN’?. Gambarkan ayat di bawah ini:

a) Saya makan sambil menonton televisyen

b) Saya makan-makan sambil menonton televisyen

Adakah anda mempunyai gambaran yang sama untuk kedua-dua ayat di atas? Saya percaya tidak. Bagaimana pula dengan ayat di bawah:

a) Kamarul sedang bermain bola di padang

b) Kamarul sedang bermain-main bola di padang

Ada beza bukan? Mungkin anda membuat kesimpulan yang tersendiri tentang perbezaan kedua-dua ayat di atas. Di sini, saya ingin nyatakan salah satu perbezaan yang paling ketara; matlamat.

Jika anda makan, bermaksud anda makan dengan matlamat- untuk mengenyangkan dan memberikan tenaga untuk meneruskan hidup. Tetapi kalau ’makan-makan’, ianya hanyalah aktiviti sambilan untuk dilakukan semasa menonton televisyen. Begitu juga dengan ’ bermain bola’. Ia memberi maksud Kamarul sedang bermain dalam satu perlawanan; dengan matlamat untuk menjaringkan gol dan menang. Tetapi kalau sekadar ’bermain-main’, adakah ia memberi maksud yang sama? ’Bermain-main bola’ bunyinya seperti orang yang sekadar menyepak-nyepak bola tanpa matlamat untuk memenangi sesuatu permainan.

Bagaimana dengan hidup anda? Adakah anda sedang HIDUP, atau sekadar HIDUP-HIDUPAN? Adakah hidup anda terarah kepada sesuatu matlamat, atau sekadar mengikut rentak semasa dan rutin harian sahaja?

Hidup tanpa matlamat: Hidup-hidupan

Ada seorang peserta program pernah bertanya kepada saya, “Encik Fadzli, kalau saya tidak menetapkan matlamat, apa salahnya?”. Saya senyum kepadanya dan berpaling kepada semua peserta.

” Kalau anda semua hendakkan pokok durian, apakah benih yang anda perlu tanam?” . Saya bertanya kepada semua.

”Benih durian!!”. Jawab mereka. Mudah sahaja.

”Kalau anda semua nakkan pokok rambutan? Apa benih?”. Provok saya lagi. Sekali lagi mereka begitu yakin menjawab ’benih rambutan’.

” Para remaja sekalian, prinsip hidup pun tidak jauh bezanya dengan prinsip pokok tadi. Jika anda tanam benih rambutan, anda akan dapat pokok rambutan, dan anda akan petik buah rambutan. Apa yang anda tanam, itulah nanti yang akan dipetik!”. Saya teringat salah satu lirik lagu.

Para peserta yang terdiri daripada remaja masih lagi cuba mengaitkan penerangan saya dengan soalan di awal tadi. Mereka menunggu penjelasan saya yang seterusnya. Tetapi saya hendak bertanya satu lagi soalan.

“ Soalan terakhir, kalau anda nak satu hektar tanah anda tumbuh dengan lalang, apa yang anda perlu tanam?” Saya mengangkat kening. Mereka tidak pula menjawab ‘benih lalang’ secara beramai-ramai.

“ Tak perlu tanam apa-apa…” jawab seorang peserta di hadapan saya.

“Yaa!! Tepat sekali! Kalau anda nak tanah anda dipenuhi semak dan lalang, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Tetapi jika anda nak tanah tersebut dipenuhi dengan tanaman, anda perlu menanam apa jua benih tanaman yang anda inginkan.” Saya menjelaskan.

“ Begitu juga dengan hidup ini. Kalau anda inginkan ‘buah yang manis’ pada masa akan datang, anda perlulah ‘menanam benih buah yang manis’ hari ini. Ertinya, jika anda hendak menjadi arkitek 10 tahun lagi, anda perlulah ‘menanam benih’ untuk menjadi arkitek. Kalau anda hendak menjadi usahawan, anda perlulah ‘menanam benih’ menjadi usahawan…” Sambung saya lagi

“ Tetapi… kalau anda tidak berbuat apa-apa, apakah ‘hasil tanaman’ yang bakal anda petik 10 tahun lagi?” Saya memandang tepat ke arah mata para peserta. Satu persatu. Kelihatan mata mereka bercahaya. Nampak seperti memahami sesuatu.

“ Jika anda tidak berbuat apa-apa sekarang, apa yang anda dapat dalam kehidupan anda 10 tahun lagi ialah; hanya semak dan lalang yang tidak membahagiakan hidup anda. Anda hanya mengikut rutin harian dan rentak semasa. Anda tiada ‘benih’ yang ditanam. Anda biarkan masa dalam hidup anda dipenuhi oleh semak dan lalang. Dan akhir sekali, itulah kehidupan anda”

*(Artikel ini adalah adaptasi daripada buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah)

Senin, 03 Mei 2010

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....



Artikel ini berguna untuk semua.




Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan
. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...